Sabtu, 29 April 2023

Sambal Sotong Sedap

 Bismillahirrahamnirrahim..

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat ilahi di atas kurniaan nikmat hembusan nafas yang dipinjamkan ini. Huh, syahdu betul mukadimah. Memandangkan kita masih di bulan syawal, sis nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat uols. Lama dah tak menulis kat blog ni. Sendu rasanya 😁Ok. Untuk paparan blog kali ini sis nak kongsikan resepi mudah dan sedap untuk masak sambal sotong cara sis.



Ok. Sis kongsikan cara mudah nak masak sambal sotong yang mudah, cepat dan sedap. Bahan - bahan yang diperlukan adalah :

1/2 kilo sotong
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Segenggam cili kering
1 asam keping
1 sudu besar sos tiram-Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Mula - mula masak dalam kuali tanpa minyak (jangan lama). Asingkan. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili kering yang telah dikisar halus. Masak tumisan tersebut hingga pecah minyak. Kemudian masukkan sotong tadi. Seterusnya, masukkan garam, gula, sos tiram secukup rasa. Tadaaaaaa..... dah siap... Inshaallah, berselera encik suami makan nanti.. πŸ˜€ Jom tengok sis buat sikit tutorial masak cara sis.. Check it out !! 





Selamat mencuba...... ✌



 














Selasa, 28 Julai 2020

Percutian Sabah 2020

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini merupakan catatan blog sis yang pertama kali. Dah lama sebenarnya sis nak buat blog sendiri, cuma tiada kesempatan masa. Doakan sis istiqamah dan rajin πŸ’ͺ menulis blog ye selepas ni. Ok, sebelum sis mulakan menulis, sis mohon maaf sekiranya gaya penulisan sedikit hambar. Almaklumlah baru nak menyelami dunia blogger. 😊

My Travelogue sis yang pertama ni sis nak share aktiviti sis dan kawan - kawan (BFF Travel) sepanjang bercuti di Sabah dalam musim PKPP ni (4 Hari 3 Malam).  Syukur alhamdulillah... hikmah disebalik pandemik Covid-19, percutian kali ini tidak sesak dengan pelancong. Walau bagaimanapun, SOP tetap kena patuhi.

Penerbangan kami dijadualkan pada jam 6.40 pagi dari KLIA.  Tengoklah muka kami, excited kan. Gitcheww πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

                

Ok.. Sis ringkaskan cerita.. 

Sepanjang kami di Sabah, kami gunakan perkhidmatan kereta sewa ~ MILAS Travel & Tours. Senang nak kemana - mana kalau guna kereta sewa ni. 

Based on itinerary, aktiviti kami yang pertama ialah menikmati keindahan alam semula jadi di Kundasang. Serius sejuk weiii. Kat Kundasang kami menginap di Kiram Village. Cantik bah tempatnya... Memang bergambar lah kami sampai lebam. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. 

                


                 


             


                     


                     

Masih lagi di area Kundasang pada hari kedua. Rugilah kan kalau tak bergambar 
πŸ“· disini.. Serius cantik tahap maksima. Cuma, Desa Dairy Farm je kami tak dapat nak masuk sebab musim PKPP ni diaorang belum buka lagi untuk orang luar. 






Next place
kami ke Poring Hot Spring. Kalau nak tau, banyak aktiviti di Poring Hot Spring ni. Ada Kolam Air Panas, Canopy Walk, Pusat Penyelidikan Rafflesia, Kebun Etnobotani, Air Terjun Kipungit, Gua Kelawar, Air Terjun Langanan, Taman Refleksologi dan Kebun Kupu - Kupu. Memandangkan masa dan itinerary kami yang agak terhad, makanya canopy walk jadi pilihan. Untuk aktiviti canopy walk ni hanya 1 kamera sahaja yang dibenarkan. R
upanya bukan semua orang boleh naik jambatan gantung ni kalau gayat tahap maksima.. πŸ˜†πŸ˜†




                  

Dari Kundasang ke Kota Kinabalu agak jauh juga. So, next check in kami di Sutera Habour Magellan. Masa tu dah 4.30 petang. Kami hanya ada masa 15 minit je nak bersiap sebab cruise 🚒tepat jam 5.00 petang. Kena ada kat jeti 15 minit awal. Timing kena punctual guys. Korang boleh check kat website www.suterahabour.com untuk harga cruise sebenar sebab musim PKPP ni kami dapat separuh harga.. jimat sangat πŸ’°πŸ’°.

                   

                   
                    


Puas bergambar ala-ala filem TITANIC, baru terasa lapar. Kebetulan hujan lebat, jadi kami search restaurant yang dekat je dengan hotel. Yeahh.. It is Sembulan Lobster Restaurant. Masa order menu tak lah fikir harga sangat. Ingat kan mahal. OMG.. harga sangat berpatutan. Total harga makan untuk empat orang dalam RM190 je.  So, korang yang berhajat nak makan seafood puas - puas bolehlah booking dahulu di Sembulan Lobster Restaurant ni sebab tempat adalah terhad. Kebetulan rezeki kami, hanya ada 1 meja kosong. 

Banyak lagi menu sebenarnya. Penuh meja. Masa snap picture ni ada menu yang belum sampai lagi πŸ˜€


It's snokerling time 🏊.. Kalau pergi bercuti wajiblah ada aktiviti di pantai kan. Baru syok.. Untuk aktiviti ni, kami gunakan khidmat MILAS Travel & Tour. Jam 9.00 pagi kami dah kena check in di Jesselton. Musim PKPP ni kapasiti untuk 1 boat hanya 6 orang sahaja yang dibenarkan. Dapatlah menghayati angin laut dengan penuh nikmat. Kagum dengan keindahan Sang Pencipta. Aktiviti snokerling di dua pulau iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan. So, korang yang ada Obsessive Compulsive Disorder atau OCD tu, sis nasihatkan bawa lah goggles & snorkel set sendiri.. huhuhu 







Last day penginapan di Sabah ~ kami booked Sabha Gaya Hotel. Hotel ni sesuai untuk backpackers. Bawah bilik hotel ada 7eleven. Walaupun hotel bajet tapi memang cantik, bersih dan luas. Muat untuk kami berempat. Exhausted..  tapi nak lelap tak boleh. So, layan maggie cup je sementara nak tunggu dinner... 

                      

Jeng.. jeng.. jeng... Rezeki jumpa kawan lama sis semasa kerja di MOTAC Melaka ~ saudara Hisyam dan isteri.  Tu yang sanggup layan maggie cup jeπŸ˜€πŸ˜€.  Tuan rumah menjamu kami dengan seafood ~ ketam, udang butter, latok dan menu wajib Negeri Melaka ~ Asam pedas. Sedap weiii.. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ . Done for dinner. 

                    

Malam nya tu kami ke Pasar Gaya ~ shopping kerongsang.

                                          

Sedihnya nak tinggalkan negeri di bawah bayu ni 😒. Flight balik ke KLIA jam 6.10 petang.. So, pagi tu sempat lah kami shopping di Pasar Filipina untuk ole-ole keluarga dan kawan-kawan ofis. Tapi, masa nak beli tu kena beringat guys. Takut masa nak check in flight nanti beg lebih muatan kilo pula πŸš€. hehheheheh..
                                         

Finished vacation for 2020. Thank you so much to all my BFF ~ ana, ain dan asmah for the sweet memories. So, sis nak share sikit bajet untuk percutian ini. Mana tau boleh jadi rujukan dan membantu korang untuk ke Sabah. Let's, check it out..

πŸ’–Flight pergi balik ~ RM 276 per pax (wajib booking awal kalau nak murah)
πŸ’–Kiram Village ~ RM150 per night
πŸ’–Kereta Sewa ~ RM300 (4 hari)
πŸ’–Sabha Gaya Hotel ~ RM105 per night
πŸ’–Sutera Habour ~ RM580 per night (harga promosi PKPP)
πŸ’–Sembulan Seafood Restaurant ~ RM190 (4 orang)

And last but not least. Sis syorkan guna handphone yang boleh snap picture dengan kualiti gambar cantik tanpa edit 😍


So, next destination BFF Travel ~ Tip of Borneo . Insyaallah.
#ilovesabah
#iphone11promax
#oppoA9








Sambal Sotong Sedap

 Bismillahirrahamnirrahim.. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat ilahi di atas kurniaan nikmat hembusan nafas yang dipinjamkan ini. Huh, syahd...